Saturday, June 13, 2009

SYJ@SOFEA


Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).

Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi. Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.


Sofea pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Pada tahun 1986, mereka telah menyertai Battle of The Band pada tahun tersebut. Selepasnya, mereka telah turut disertakan dalam album Battle of The Band (1986). Setelah album ini keluar, mereka sudah tidak lagi diuruskan oleh Syed Yusuf, lantaran ini mereka menukar nama mereka kepada Sofea.

Pada tahun 1987, mereka kembali dengan album pertama mereka dengan nama Sofea berjudul Kembali. Album ini mengandungi sepuluh lagu dan telah diterbitkan serta diedarkan oleh Warnada Sdn. Bhd.. Album ini turut menggunakan khidmat pemuzik luar daripada kumpulan yakni Raymond Lim.

Setahun selepas itu, yakni pada tahun 1988, mereka keluar lagi dengan album Anak Liar. Barisan anggota kumpulan ini telah bertukar, ahli di mana pemain dram, Nahar telah digantikan dengan Ujang. Man Rani pula turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi, manakala Fancy telah diambil sebagai pemain gitar baru menggantikan Zam.

Pada tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain dram untuk Sofea untuk album Boneka dan Pentas. Tahun 1990, mereka telah melancarkan album terakhir mereka dengan judul Mimpi dan Airmata.

Setelah dua kumpulan SYJ menukar nama mereka (kepada Sofea pada 1987 dan Ariwatan pada 1989), Syed Yusuf Jamalulail sekali lagi mengasaskan kumpulan baru yang juga menggunakan nama SYJ pada 1990.

Dalam sejarah muzik rock tempatan, apabila disebut nama kumpulan SYJ, ia biasanya merujuk kepada kumpulan SYJ yang pertama, iaitu kumpulan yang lebih dikenali sebagai Sofea.

1.sofea-anak liar
2.sofea-bunga padang pasir
3.sofea-debu khayalan
4.sofea-gadis
5.sofea-hujan
6.sofea-sisa sisa hidup
7.sofea-suratan perpisahan
8.syj-api
9.syj-godaan syaitan
10.syj-hati syaitan
11.syj-kembali
12.syj-mata sepet
13.syj-siksa bayangan

No comments: